Wednesday, July 7, 2010
PANTUN KIASAN
Rangkap 1
Tikar pucuk, tikar mengkuang,
Alas nikah raja melayu,
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu
Maksud Rangkap
Rangkap pertama bermaksud janganlah kita membazir dan gunakan sumber yang ada dengan sepenuhnya.
Rangkap 2
Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang,
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
Maksud rangkap
Rangkap kedua membawa maksud orang luar atau anak dagang selalunya diketepikan.
Rangkap 3
Tebang gelam, tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa gelung,
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.
Maksud rangkap
Rangkap ini bermaksud pematun mahu meluahkan perasaan sedihnya kerana hajatnya untuk memiliki seseorang gadis gagal kerana kemiskinannya.
Rangkap 4
Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu,
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
Maksud rangkap
Rangkap keempat bermaksud janganlah menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu yang tiada kepastian.
Rangkap 5
Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung,
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
Maksud rangkap.
Rangkap ini bermaksud pengarang menyuarakan keyakinannya untuk menyelesaikan masalah yang diserahkan kepadanya dengan senang.
Berikan tema dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas?
PANTUN MENGENANG NASIB
Rangkap 1
Pisau raut hilang di rimba,Pakaian anak raja di Juddah,
Karam di laut boleh dimba,
Karam di hati bilakah sudah.
Maksud Rangkap 1
Rangkap ini membawa maksud masalah kejiwaan adalah masalah yang sukar untuk diselesaikan
Rangkap 2
Ku sangka nanas di tengah padang,
Kiranya pandan yang berduri,
Kusangka panas hingga ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari.
Maksud Rangkap 2
Maksud rangkap ini ialah seseorang yang mengimpikan kebahagiaan yang berkekalan tetapi tidak kesampaian.
Rangkap 3
Buah berangan masaknya merah,
kelekati dalam perahu,
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.
Maksud Rangkap 3
Rangkap ketiga membawa maksud kekecewaan seseorang adalah sukar untuk dikesan
Rangkap 4
Apa diharap kepada tudung,
Tudung saji terendak Bentan,
Apa diharap kepada untung,
Untung nasib permainan badan.
Maksud rangkap 4
Rangkap terakhir bermaksud kehidupan manusia bergantung kepada nasib.
BAHASA KITA
Bahasa Melayu بهاس ملايو | ||
---|---|---|
Dituturkan di: | Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Filipina, selatan Thailand, Timor Leste, Sri Lanka, Afrika Selatan, dan Australia (Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos). Dialek standar di Indonesia dikenal sebagai Bahasa Indonesia. Kadangkala di Australia dan Belanda | |
Rantau: | Asia Tenggara | |
Bil. penutur: | 7–18 juta jumlah 200–300 juta | |
Keluarga bahasa: | Austronesia Melayu-Polinesia (MP) MP Nuklear Sunda-Sulawesi Malayik Malaya Melayu Tempatan Bahasa Melayu بهاس ملايو | |
Status rasmi | ||
Bahasa rasmi: | Di ![]() ![]() ![]() ![]() | |
Dikawal oleh: | Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia (MABBIM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, sebuah institut bahasa dan kesusasteraan Malaysia) SUMBER :WIKIPEDIA |
Subscribe to:
Posts (Atom)